1. Pakaian Ketat, Sendat dan Terlalu Seksi
2. Tudung Nampak Bayang Rambut
Ini satu lagi fesyen yang aku tak faham. Bertudung
tetapi rambut terkeluar di sana sini, bayang rambut yang diikat tocang jelas
kelihatan. Ada juga yang ekor rambutnya terkeluar di bahagian
belakang tudung. Dan macam-macam lagi kalau aku bagi contoh.
Nak tau lebih lanjut, baca ni: 8 Jenis Fesyen Tudung
Pelik Malaysia dan 11 Fesyen Kontroversi
Gaya Tudung Wanita Malaysia. Memang ada pelbagai fesyen tudungwanita yang tidak tahu aku nak ulas camna.
3. Pertuturan Lancang dan Ketawa Mengilai
Adalah sesuatu yang memalukan apabila melihat gadis
Melayu bertudung yang tidak menjaga tutur bicara. Jenaka lucah dan
perkataan kesat jadi mainan dibibir, ketawanya mengilai bak pontianak.
Kadang-kadang kalau restoran tu, suaranya mengalahkan suara TV yang
dipasang. Kadang-kadang tu time gelak tu terkeluar benda yang tengah
dimakan, tempias sana sini. Ish ish ish wanita jenis apa la ni.
4. Bertepuk Tampar Dengan Lelaki
Persahabatan antara lelaki dan perempuan tidak dilarang agama
tetapi mestilah mengikut batas yang telah ditetapkan. Kalau sudah bertepuk
bertampar dan bergurau senda seperti kawan sejenis, apa yang hendak dikata?
Lelaki pun satu hal gak, membenarkan dirinya ditepuk dan ditampar oleh wanita. Bukan sedap pun. Sakit wooooo.
5. Bercumbu dan Memadu Kasih Tanpa Segan
Bercumbu dan memadu kasih tanpa segan ini adalah antara sifat
yang paling memalukan dan menjatuhkan maruah kita sebagai seorang Islam. Memang
dalam perkara ini kaum lelaki juga bersalah kerana menjadi pasangan dalam aksi
berahi bermadu kasih tanpa segan silu. Jika dibuat carian ‘gadis bertudung’ di
Internet, hasilnya sudah pasti aksi-aksi kurang sopan dan seks yang dirakam
secara rela atau tersembunyi. Astagfirullah. Malu tu kan mahkota
seorang wanita.
Kesimpulan
Mungkin ada yang kurang bersetuju dengan pendapat di atas. Tujuan
aku bukanlah untuk mencari kekurangan gadis Melayu kerana aku sendiri juga gadis perempuan berbangsa Melayu. Cuma rasa agak sedih dengan ciri-ciri gadis
Melayu yang banyak lari dari adab susila Timur dan ajaran Islam. Cara
berpakaian ini juga antara penyebab berlakunya jenayah seksual seperti cabul,
rogol dan gangguan seksual. Wahai muslimah, janganlah digadai maruah demi
kemodenan dan fesyen kerana yang rugi hanyalah diri sendiri. Aku minta
maaf kalau ada yang terasa. Pahit untuk aku katakan, tapi pahit itu lah ubat. Untuk
lelaki yang membaca ni, ingatlah nanti akan ditarik oleh golongan wanita ke neraka jika bersikap dayus. Wallahualam.
# PERINGATAN buat diri aku sendiri dan sesiapa sahaja :)
No comments:
Post a Comment