1. Ayah:
Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak
perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti
mengajar solat, mengaji & sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya
tidak menutup aurat…..tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia
sahaja maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya. Ayah sebagai pelindung
utama anak perempuannya. Segala dosa besar atau kecil anak perempuannya akan
ditanggung hinggalah anak perempuannya dinikahi oleh suami.
2. Suami:
Suami bila dah berkahwin, sangat besar tanggungjawabnya. Apabila
si suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya di mana-mana. Bergaul
bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan
kaum lelaki yang bukan muhrim apabila suami mendiam diri walaupun dia seorang
alim seperti solat tidak bertangguh, puasa tidak tinggal maka dia akan turut
ditarik oleh isterinya ke neraka. Ini dipanggil dayus iaitu tidak marah atau
cemburu apabila isterinya bergaul bebas dengan lelaki lain.
3. Abang:
Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita
jatuh ke bahu abang-abangnya…..jikalau mereka hanya mementing keluarganya
sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM …tunggulah
tarikan adiknya ke neraka kelak. Maka, sebagai abang, kamu wajib untuk
membantu mempercepatkan pernikahan adik perempuan kamu. Bantu mereka cari
calon yang terbaik yang boleh membawanya ke syurga.
4. Anak Lelaki:
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal
kelakuan yang haram dari Islam, bila ibu membuat kemungkaran pengumpat, mengata
& sebagainya, maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di
akhirat kelak. Nantikan tarikan ibunya ke neraka. Memang fitrah wanita suka
mengumpat. Kita sebagai anak wajib ingat memperingati antara satu sama lain.
# Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat, maka kaum lelaki yang bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan masing-masing.
Firman Allah SWT:-
“Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu
dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu, penjaganya
malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak mendurhakai Allah terhadap
apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang
diperintahkan.” (At Tahrim : 6)
Harga seseorang muslim adalah sangat berharga. ALLAH SWT
nilaikan seseorang muslim dengan SYURGA, semua kaum muslimin yakni yang
mengucap kalimah tauhid dijamin masuk syurga dengan itu janganlah kita membuang
atau tidak mengendah janji dan peluang yg ALLAH SWT berikan pada kita.


No comments:
Post a Comment