Thursday, 22 August 2013

22 | 08 | 2013 Mak Ayah!

Mak Ayah ! 
Kenapa mak ayah berpisah?? Kenapa mesti adik yang jadi mangsa??

 Adik nak hidup bahagia macam org lain. Ada kasih sayang mak ayah. Ada mak ayah depan mata dan selalu di sisi setiap masa. Adik nak ada keluarga sendiri, rumah kita sendiri, hak milik kita sendiri. Adik teringin sangat semua perkara macam orang lain. Adik daa penat hidup merempat menumpang orang lain, menganggu masa keluarga lain. Adik daa byk termakan budi dari orang lain. Adik takut tak terbalas jasa mereka. Adik tak sanggup daa nak terus keadaan macam ni lagi. 

Mak Ayah ! 
Kembalilah semula macam 19tahun lalu... Hanya 2tahun mak ayah dan adik bersama! 

Adik nak waktu itu lagi. Adik nak ulang balik semua perkara dengan mak ayah. Adik tak pernah lupa mak ayah. Mungkin masa dan keadaan sekarang yang buat semua anggap adik lebihkan orang lain daripada mak ayah sendiri. Tapi hakikat sebenar adik terlalu rindukan mak ayah, sayangkan mak ayah. Kerana mak ayah laa, semangat adik untuk terus usaha cari kejayaan. Adik nak mak ayah gembira walaupun adik tak sehebat orang lain. 


Ya ALLAH ! 
Aku teramat rindukan mak ayah.. Doaku agar mereka sihat selalu..
Mereka adalah nadi aku untuk terus bernafas di muka bumi ini.. 







Monday, 11 February 2013

Berubahkah ?

Bismillahirrahmanirrahim...

Gambar Hiasan


 Assalamualaikum ! 11.02.2013 tarikh yang biasa, nothing happen or special date.. Malam ini, tergerak hati aku untuk buat luahan hati kt sini berbanding mengadu masalah pada yang tk sudi, dan lebih baik dari melepaskan geram pada yg tk bersalah.. Sejujurnya aku ingin berubah menjadi muslimah daripada menjadi gadis dan perempuan.. Dan juga aku ingin berubah daripada semua aspek (pakaian, percakapan, pergaulan) tapi aku masih belum ada kekuatan dan keyakinan untuk menuju jalan tersebut.. Ya ALLAH ! Mungkin korg akan cakap, perlukah gtau umum yg diri nk berubah.. Bg korg mungkin tk, tp ingt at the same time kita perlu jugk cz utk mintk pandangan dan pendapat org.. Pendapat org berbeza, ada negatif ada positif so yg buruk anggaplah tauladan, yg baik jadikn pedoman.. Eh ! Terlajar jauh menyimpang tajuk plk.. Maaf.. Seriously aku dalam keadaan tertekan, semakin umur menjangka puluhan abad semakin serabut kepala otak disebabkan masalah-masalah yg tk pernah ada penghujung.. Hmm.. 

Saturday, 12 January 2013

Sukar meMAAFkn ?





Mengapa sukar untuk memberi maaf apabila hati sudah terguris? mengapa tidak mahu melupakan perasaan disakiti? Mengapa tidak tenang dan sering berdendam apabila di hina dan di umpat? Andainya kita tidak mampu memaafkan kesalahan orang bererti KITA BELUM MEMPUNYAI HATI YANG BENAR-BENAR BERSIH. Kita belum menjadi seorang yang rendah hati dan pemaaf.


Bila kita sukar memaafkan kesalahan orang lain, bermakna kita ada sikap ego dan sombong yang dimurkai oleh Allah. Siapakah kita yang mahu merasakan diri sebagai 'tuan' dan mahu orang lain sentiasa berbuat baik terhadap kita? Bila ada orang buat kesilapan, siapa kita untuk marah, berdendam, dan berharap dia akan menerima balasan dari perbuatannya?


Bila sukar memaafkan kesalahan orang lain bermakna kita ada sikap yang dimurkai Allah. Bila orang membuat salah dengan kita, selidiklah apakah dosa yang kita lakukan sehingga Allah takdirkan begitu terhadap kita. Bila sedar akan dosa dan kesilapan kita samada dosa terhadap manusia atau kecuaian kita pada Allah, nanti akan datang rasa 'aku mmg patut dihukum' dan orang yang melakukan kesilapan terhadap kita hanyalah perantaaraan. (jangan sekali-kali menganggap 'aku mana ada buat dosa hari ni' ..ini membuatkan kita menjadi seorang yang bercakap besar, sedang kita tidak tahu dan tidak sedar setiap hari pasti ada dosa kecil kita lakukan)


Seandainya kita tidak mahu memaafkan kesilapan orang, kita tidak untung apa-apa. Apalagi kalau berdendam atau bertindakbalas dan berkasar terhadapnya. Jika begitu, orang yang membuat salah pada kita berdosa kerana mengecilkan hati kita, dan kita juga akan terjerumus sama dalam dosa dan sekaligus mendapat KEBENCIAN ALLAH S.W.T. Na'uzubillah min zalik.Mintak dijauhkan.


Memberi kemaafan adalah sukar sekiranya kita belum ada sifat kehambaan, yang melihat segala yang berlaku adalah di bawah pentadbiran Allah yang maha mengetahui. Kita akan takut untuk marah dan berdendam dengan manusia hanya dengan ujian yang menimpa, kerana bimbang kalau ujian itu merupakan petanda Allah.


Setiap orang mempunyai kelemahan dan kekurangan, termasuk diri kita sendiri. Mari kita muhasabah, muhasabah...


Rasulullah s.a.w bersabda, "sebaik-baik manusia adalah orang yang lambat marahnya dan segera pula reda marahnya. Dan sejahat-jahat manusia adalah orang yang lekas marahnya dan lambat pula reda marahnya itu"


Tuesday, 5 June 2012

GEMBIRA dalam tertekan


  
                                               

Ya ALLAH ! selepas mendengar ungkapan itu, air mata hanya peneman diri aku.

Kenapa perlu jadi macam ni? Sedangkan semalam air mata kegembiraan yang hadir namun di saat ini air 
mata penderitaan bersilih ganti.

Seperti insan lain juga yang bercinta, sama juga aku dengan pasangan aku. Nak yang terbaik buat masa depan kami.

Setiap insan yang bercinta pasti mahukan kebahagiaan dan saat bahagia ke jinjang pelamin. Begitu juga aku.

Semalam aku tersangat la happy sebab first time dia serius nyatakan hasrat sebenaq. Walaupun xseindah  tapi cukup sekadar ikhlas berkata-kata.

Tapi apa akan berlaku masa akan datang aku masih belum dapat bayangkan.

Hasrat dia mungkin akan tercapai atau pun terhalang ?

Petang tadi tengah borak-borak ngan mak dia, tapi bila di darab bahagi tolak tambah semua kata-kata kemungkinan HARAPAN aku dan dia tipis !

1 kata yang buat kata-kata tuh terkesan dalam hati aku. Tapi biaq la benda tuh jadi rahsia hatiku. 

YA ALLAH ! aku xkuat macam orang lain utk semua nih. Cukup la halangan yang berlalu dari sejak aku kenal dia 2005 sampai sekarang 2012. 

Dan aku amat mengharapkan dia JODOH aku suatu hari nanti !




Nota Kaki: Aku harap sapa yang membaca takda yang bersorak bila keadaan jadi terbalik dan xsama seperti yang diharapkan !









Saturday, 12 May 2012

7 golongan MAYAT


1. Golongan Pertama
  • K E A D A A N  wajahnya telahpun membelakangkan kiblat 
  • S E B A B telah mensyirikkan Allah s.w.t sewaktu hidup

Oleh kerana itu, Allah s.w.t memalimg muka dari arah kiblat untuk membezakan mereka daripada golongan muslim.



2. Golongan Kedua
  • K E A D A A N wajah mereka telahpun bertukar menjadi babi
  • S E B A B meremehkan dan meninggalkan solat sewaktu hidupnya
# Oleh kerana amalan yang pertama sekali dihisab Allah s.w.t. Jika sempurna solat, maka sempurnalah amalan-amalan kita yang lain.



3. Golongan Ketiga
  • K E A D A A N perutnya terlalu gelembung, keluar pula ulat yang terlalu banyak daripada perutnya
  • S E B A B gemar memakan harta yang haram
# Oleh kerana harta haram bukan sahaja makanan yang haram tetapi juga datang dari hasil pencarian yang haram.



4. Golongan Keempat
  • K E A D A A N jasadnya bertukar menjadi batu bulat yang hitam warnanya
  • S E B A B manusia yang derhaka kepada kedua ibu bapanya sewaktu hayatnya 
# Oleh kerana Allah s. w. t. sama sekali tidak redha kepada manusia yang menderhakai ibu bapanya.



5. Golongan Kelima
  • K E A D A A N kukunya amat panjang, hingga membelit-belit seluruh tubuhnya dan keluar segala isi dari tubuh badannya
  • S E B A B golongan yang gemar memutuskan silaturrahim. Memulakan pertengkaran dan tidak bertegur sapa lebih daripada 3 hari
# Oleh kerana sesiapa yang tidak bertegur sapa melebihi 3 hari bukanlah termasuk dalam golongan umat baginda.




6. Golongan Keenam
  • K E A D A A N mayat tersebut terapung dan lahadnya dipenuhi air hitam yang amat busuk baunya
  • S E B A B memakan harta riba sewaktu hayatnya
# Oleh kerana riba perkara yang telah di jelaskan haramnya di dalam Al-Quran




7. Golongan Ketujuh
  • K E A D A A N mayatnya sentiasa tersenyum dan berseri-seri pula wajahnya
  • S E B A B manusia yang berilmu. Dan mereka beramal pula dengan ilmunya sewaktu hayat mereka
# Oleh itu keredhaan dan kemuliaan di sisi Allah s. w. t. baik sewaktu hayatnya mahupun sesudah matinya.

Wednesday, 25 April 2012

ALASAN wanita, JAWAPAN tepat !



ALASAN 1 :
# Walaupun dedah aurat, diri masih menjaga maruah dan tidak melakukan perkara tak senonoh?
“Janganlah nilai orang dari luarannya. Don’t judge a book by its cover!” “Walaupun tidak pakai tudung, saya tetap masih jaga solat dan menjaga tingkah laku”

JAWAPAN: 
# Adakah anda mendakwa diri anda mempunyai hati yang suci, iman yang tinggi dan kononnya ia sudah cukup menjamin maruah diri tanpa perlu menutup aurat? Tetapi adakah anda berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi yang melihat aurat anda mempunyai hati sesuci dan iman setinggi anda juga? Langsungkah mereka tidak memberi kesan dan tidak membangkitkan nafsu serakah mereka yang berada di hadapan anda? Jadi, perlu diberi kefahaman bahawa kewajipan wanita menutup aurat bukanlah semata-mata untuk menjaga maslahat dan maruah pihak wanita itu sendiri, tetapi maslahah yang lebih besar ialah menjaga masyarakat yang berada di sekelilingnya agar tidak terfitnah disebabkan budaya mendedahkan aurat. Betapa banyak kes-kes jenayah rogol dan cabul berpunca daripada wanita sendiri yang mempamerkan tubuh badannya yang terdedah di hadapan khalayak lelaki. Maka tutuplah aurat bukan sekadar untuk anda, tetapi juga demi kemaslahatan orang lain di sekeliling. 


ALASAN 2: 
# Perempuan yang bertudung lebih teruk daripada tak bertudung?
Ala… perempuan pakai tudung pun berperangai buruk!” “Ada juga rakan saya yang betul-betul menutup aurat tetapi perangai dan kelakuan mereka lebih teruk dari perempuan yang tidak memakai tudung!” “Ada seorang kakak tu pakai tudung, tapi perangai buruk, mengumpat sana mengumpat sini” “Siapa kata orang tak pakai tudung semua jahat?”

JAWAPAN: 
# Ungkapan anda ini seolah-olah sedang memperlekehkan insan yang sedang berusaha mentaati perintah Allah (dalam bab tutup Aurat). Apakah anda perasan bahawa anda sudah lebih baik berbanding insan yang menutup aurat tersebut apabila anda berani melafazkan ungkapan seperti itu, sedangkan anda sendiri membiarkan aurat anda terbuka?
Salah sama sekali dalam hal ehwal agama, untuk kita membandingkan diri kita dengan mereka yang lebih buruk agama dan akhlak. Ia adalah teknik Syaitan untuk menghentikan seseorang dari melakukan usaha pemulihan diri kepada yang lebih baik.
Nabi bersabda: Dua perkara yang sesiapa dapat perolehinya akan ditulis dirinya sebagai hamba yang bersyukur dan sabar, sesiapa yang gagal dalamnya, tidak akan ditulis sebagai orang bersyukur dan sabar. Iaitu sesiapa yang melihat tentang agamanya kepada mereka yang jauh lebih baik darinya, lalu ia berusaha mengikutinya, dan dalam hal keduniaan mereka melihat kepada orang-orang yang kurang darinya sehingga ia memuji Allah atas nikmat yang diperolehinya. 
(H.R. At-Tirmidzi).



ALASAN 3:
# Tidak mahu hipokrit bila bertudung?
“Bertudung ni perlukan keikhlasan…” “Saya mahu berubah kerana saya sendiri yang ingin berubah. Saya mahu melakukannya dengan ikhlas, bukan kerana disuruh.” “Buat apa pakai tudung kalau hati tak betul”

JAWAPAN: 
# Allah s.w.t dan RasulNya telah mengarahkan seluruh wanita muslimah WAJIB untuk menutup aurat tidak kira sama ada seseorang itu ikhlas atau tidak, suka atau tidak, disuruh oleh orang lain atau terbit dari hatinya sendiri. Sama seperti mendirikan solat, membayar zakat, puasa Ramadhan dan semua arahan serta larangan Islam yang lain, sama ada seseorang itu ikhlas atau tidak, terpaksa atau tidak. Sekiranya ikhlas dijadikan alasan maka, ramai diluar sana tidak perlu solat 5 waktu kerana sukar mencapai tahap keikhlasan yang ingin dicapai.
Perlu diingatkan, jika seseorang menutup aurat secara ikhlas atau separa ikhlas, maka dia akan beroleh ganjaran sekadar keikhlasannya. Namun tanggungjawab fizikal yang diwajibkan oleh agama dikira sudah terlaksana secara zahirnya. ATAU kata lainnya, tatkala itu dia hanya BERDOSA SEKALI iaitu kerana tidak melaksanakannya secara ikhlas, tetapi dia terhindar dari dosa tidak mengerjakan yang wajib ke atasnya secara zahir. Namun jika dia degil dan tidak menutup aurat, atas alasan TIDAK IKHLAS, TIDAK MAHU HIPOKRIT dan sebagainya, tindakannya itu menjadikannya BERDOSA di sisi Allah secara fizikal dan juga spiritual, atau dalam kata lainnya, dia berdosa DUA KALI.
Dosa di level pertama dan kedua sekaligus, malah lebih musnah apabila dosa level pertama itu sangat mudah bercambah apabila ia berjangkit kepada orang lain, seperti apabila sahaja ada mata lelaki bukan mahram yang melihat, ketika itu dosa bukan hanya dua kali tetapi sebanyak mata lelaki yang melihat. Adapun bagi mereka yang tidak ikhlas tadi, at least dia sudah terselamat dari cambahan dosa dari mata lelaki.



ALASAN 4:
# Menunggu seru untuk bertudung?
“Biarlah ianya datang daripada saya sendiri, bukan dipaksa sesiapa. Bila tiba masa, Insyaallah saya bertudung” “Saya tahu hari itu akan tiba tetapi bukan sekarang” “Insyaallah, apabila sudah berkahwin barulah saya bersedia”

JAWAPAN: 
# Jika bukan sekarang, maka adakah apabila sudah terlantar di rumah mayat baru ingin berubah? Sedarilah wahai diri, bahawa kematian akan datang secara tiba-tibadan tiada sebarang jaminan umur masih panjang beberapa minggu lagi.




NOTA : Sekadar renungan bersama. Bukan menuding jari kepada sesiapa. Peringatan buat diri aku dan semua yang membaca :)

Tuesday, 24 April 2012

5 Jenis JAHILIYAH


1. Pakaian Ketat, Sendat dan Terlalu Seksi
Baju kurung dan kebaya yang dipakai sangat jarang dan ketat sehingga menampakkan bentuk badan. Begitu juga seluar, blouse dan T-shirt. Ramai yang dengan bangganya mendedahkan lurah dendam “neraka” depan dan belakang. Bagi gadis remaja biasanya memakai jeans low cut sehingga menampakkan lurah semasa berjalan atau lebih tak sanggup untuk dilihat apabila membonceng motorsikal. Ditambah pula dengan kulit yang tak berapa licin dan berparut! Ewwww…simpan la barang-barang privasi korang tu, takyah tunjuk-tunjuk.



2. Tudung Nampak Bayang Rambut
Ini satu lagi fesyen yang aku tak faham. Bertudung tetapi rambut terkeluar di sana sini, bayang rambut yang diikat tocang jelas kelihatan. Ada juga yang ekor rambutnya terkeluar di bahagian belakang tudung. Dan macam-macam lagi kalau aku bagi contoh. Nak tau lebih lanjut, baca ni: 8 Jenis Fesyen Tudung Pelik Malaysia dan 11 Fesyen Kontroversi Gaya Tudung Wanita Malaysia. Memang ada pelbagai fesyen tudungwanita yang tidak tahu aku nak ulas camna.


3. Pertuturan Lancang dan Ketawa Mengilai
Adalah sesuatu yang memalukan apabila melihat gadis Melayu bertudung yang tidak menjaga tutur bicara. Jenaka lucah dan perkataan kesat jadi mainan dibibir, ketawanya mengilai bak pontianak. Kadang-kadang kalau restoran tu, suaranya mengalahkan suara TV yang dipasang. Kadang-kadang tu time gelak tu terkeluar benda yang tengah dimakan, tempias sana sini. Ish ish ish wanita jenis apa la ni.



4. Bertepuk Tampar Dengan Lelaki
Persahabatan antara lelaki dan perempuan tidak dilarang agama tetapi mestilah mengikut batas yang telah ditetapkan. Kalau sudah bertepuk bertampar dan bergurau senda seperti kawan sejenis, apa yang hendak dikata? Lelaki pun satu hal gak, membenarkan dirinya ditepuk dan ditampar oleh wanita. Bukan sedap pun. Sakit wooooo.



5. Bercumbu dan Memadu Kasih Tanpa Segan
Bercumbu dan memadu kasih tanpa segan ini adalah antara sifat yang paling memalukan dan menjatuhkan maruah kita sebagai seorang Islam. Memang dalam perkara ini kaum lelaki juga bersalah kerana menjadi pasangan dalam aksi berahi bermadu kasih tanpa segan silu. Jika dibuat carian ‘gadis bertudung’ di Internet, hasilnya sudah pasti aksi-aksi kurang sopan dan seks yang dirakam secara rela atau tersembunyi. Astagfirullah. Malu tu kan mahkota seorang wanita.


Kesimpulan
Mungkin ada yang kurang bersetuju dengan pendapat di atas. Tujuan aku bukanlah untuk mencari kekurangan gadis Melayu kerana aku sendiri juga gadis perempuan berbangsa Melayu. Cuma rasa agak sedih dengan ciri-ciri gadis Melayu yang banyak lari dari adab susila Timur dan ajaran Islam. Cara berpakaian ini juga antara penyebab berlakunya jenayah seksual seperti cabul, rogol dan gangguan seksual. Wahai muslimah, janganlah digadai maruah demi kemodenan dan fesyen kerana yang rugi hanyalah diri sendiri. Aku minta maaf kalau ada yang terasa. Pahit untuk aku katakan, tapi pahit itu lah ubat. Untuk lelaki yang membaca ni, ingatlah nanti akan ditarik oleh golongan wanita ke neraka jika bersikap dayus. Wallahualam.

# PERINGATAN buat diri aku sendiri dan sesiapa sahaja :)