Mengapa sukar untuk memberi maaf apabila hati sudah terguris?
mengapa tidak mahu melupakan perasaan disakiti? Mengapa tidak tenang dan sering
berdendam apabila di hina dan di umpat? Andainya kita tidak mampu memaafkan
kesalahan orang bererti KITA BELUM MEMPUNYAI HATI YANG BENAR-BENAR BERSIH. Kita
belum menjadi seorang yang rendah hati dan pemaaf.
Bila kita sukar memaafkan kesalahan orang lain, bermakna kita ada
sikap ego dan sombong yang dimurkai oleh Allah. Siapakah kita yang mahu
merasakan diri sebagai 'tuan' dan mahu orang lain sentiasa berbuat baik
terhadap kita? Bila ada orang buat kesilapan, siapa kita untuk marah,
berdendam, dan berharap dia akan menerima balasan dari perbuatannya?
Bila sukar memaafkan kesalahan orang lain bermakna kita ada sikap
yang dimurkai Allah. Bila orang membuat salah dengan kita, selidiklah apakah
dosa yang kita lakukan sehingga Allah takdirkan begitu terhadap kita. Bila
sedar akan dosa dan kesilapan kita samada dosa terhadap manusia atau kecuaian
kita pada Allah, nanti akan datang rasa 'aku mmg patut dihukum' dan orang yang
melakukan kesilapan terhadap kita hanyalah perantaaraan. (jangan sekali-kali
menganggap 'aku mana ada buat dosa hari ni' ..ini membuatkan kita menjadi
seorang yang bercakap besar, sedang kita tidak tahu dan tidak sedar setiap hari
pasti ada dosa kecil kita lakukan)
Seandainya kita tidak mahu memaafkan kesilapan orang, kita tidak
untung apa-apa. Apalagi kalau berdendam atau bertindakbalas dan berkasar
terhadapnya. Jika begitu, orang yang membuat salah pada kita berdosa kerana
mengecilkan hati kita, dan kita juga akan terjerumus sama dalam dosa dan
sekaligus mendapat KEBENCIAN ALLAH S.W.T. Na'uzubillah min zalik.Mintak
dijauhkan.
Memberi kemaafan adalah sukar sekiranya kita belum ada sifat
kehambaan, yang melihat segala yang berlaku adalah di bawah pentadbiran Allah
yang maha mengetahui. Kita akan takut untuk marah dan berdendam dengan manusia
hanya dengan ujian yang menimpa, kerana bimbang kalau ujian itu merupakan
petanda Allah.
Setiap orang mempunyai kelemahan dan kekurangan, termasuk diri
kita sendiri. Mari kita muhasabah, muhasabah...
Rasulullah s.a.w bersabda, "sebaik-baik manusia adalah orang
yang lambat marahnya dan segera pula reda marahnya. Dan sejahat-jahat manusia
adalah orang yang lekas marahnya dan lambat pula reda marahnya itu"

No comments:
Post a Comment