Saturday, 25 February 2012

kaseh sayang MAK !


1 tahun ,
 Ibu suapkan makanan dan memandikan kita. 
Cara kita ucapkan terima kasih kepadanya hanyalah dengan menangis sepanjang malam. 

2 tahun
Ibu mengajar kita bermain. 
Kita ucapkan terima kasih dengan lari sambil tertawa terkekeh-kekeh apabila dipanggil. 

3 tahun
Ibu menyediakan makanan dengan penuh kasih sayang. 
Kita ucapkan terima kasih dengan menumpahkan makanan.

4-5 tahun
Ibu belikan pensil warna dan pakaian. 
Kita ucapkan terima kasih dengan menconteng dinding dan bergolek atas lantai kotor. 

6 tahun, 
Ibu memimpin tangan kita ke Tadika.
Kita ucapkan terima kasih dengan menjerit, " Tak mahu! Tak mahu !" 

7 tahun
Ibu belikan sebiji bola.
Kita ucapkan terima kasih dengan memecahkan cermin rumah jiran.

8-9 tahun,
Ibu menghantar kita ke sekolah.
Kita ucapkan terima kasih dengan ponteng sekolah.

10-11 tahun,
Ibu menghabiskan masa sehari dengan kita.
Kita ucapkan terima kasih dengan tidak tegur sapa&bermain dengan kawan.

13 tahun
Ibu suruh pakai pakaian menutup aurat.
Kita ucapkan terima kasih dengan memberitahu bahawa pakaian itu ketinggalan zaman. 

18 tahun
Ibu menangis apabila tahu kita di terima masuk universiti.
Kita ucapkan terima kasih dengan bersuka ria bersama kawan-kawan. 

20 tahun
Ibu bertanya apakah kita ada teman istimewa,
Kita katakan,...." itu bukan urusan ibu”.

25 tahun,
Ibu bersusah payah menanggung perbelanjaan perkawinan kita, 
Ibu menangis dan memberitahu bahawa dia sangat sayangkan kita, 
Kita ucapkan terima kasih dengan pindah jauh darinya. 

30 tahun
Ibu menelefon memberi nasihat mengenai penjagaan bayi, 
Kita dengan megah berkata,... " itu dulu , sekarang zaman moden  ".

40 tahun,
Ibu menelefon mengingatkan tentang kenduri di kampung, 
Kita berkata," kami sibuk, tak ada masa nak datang ". 

50 tahun,
Ibu jatuh sakit dan meminta kita menjaganya. 
Kita bercerita tentang kesibukan dan kisah-kisah ibu bapa yang menjadi beban bagi anak-anak. Dan kemudian suatu hari, kita mendapat berita ibu meninggal, khabar itu mengejutkan. Dalam linangan air mata, segala perbuatan terhadap ibu muncul dalam ingatan satu persatu.






KASIH ibu membawa ke syurga ! kasih bapa selamanya...
itulah ungkapan yang sering kita dengar berkaitan dengan kasihnya ibu. Ungkapan itu memang ada kebenarannya.
Siapa kita tanpa ibu yang melahirkan?
tempat menumpang kasih selama sembilan bulan sepuluh hari di dalam kandungan,mendodoi dan memelihara dengan penuh kasih sayang sehingga dewasa.
Dalam semua agama meletakkan ibu sebagai insan mulia yang harus disanjungi ! Dalam Islam 
sendiri, ibu diletakkan pada satu tahap paling tinggi sehingga Rasulullah SAW menyebut ibu sebanyak tiga kali sewaktu sahabat bertanya siapakah insan yang perlu di taati selepas baginda.
Begitu besar sanjungan terhadap ibu sehingga tarikh 10 Mei setiap tahun telah dipilih untuk sambutan Hari Ibu menghargai jasa-jasa insan istimewa ini.

P U I S I khas buat ibu :

Bukan seperti TKI yang jadi pahlawan devisa di negara ku ,
Bukan juga spiderman dan power rangerdalam buku ,
Tapi jiwa dan raganya selalu menjagaku ,
Matanya selalu memancarkan cahaya rindu ,
Hembusan nafasnya selalu ber'isikan doa buat ku ,
Bibirnya selalu tersenyum untuk kebahagiaan ku ,
Tangannya mati matian mendukungku ,
Hatinya selalu terbuka lebar untuk memaafkan ku ,
Setiap derap langkahnya selalu usahakan yang terbaik untukku ,
TAPI tingkah laku ku buat mata itu sendu ,
Ego ku buat angan itu berlalu ,
Marah ku buat senyum itu layu ,
Malas ku buat tangan itu lesu ,
Salah ku buat hati itu terluka dan terbelenggu ,
Dan khilaf ku buat langkah itu mengadu ,
MAAF kan aku ibu ,
Kesalahan sama dari kebodohan ku ,
Yang selalu toreh luka di dada mu ,
TAPI...kata MAAF mu selalu terluncur bagai angin lalu ,
hanya engkau pahlawan peribadi ku ,
 T E R I M A K A S I H wahai ibu ku :)


S A B I H A H B T A B D R A Z A K
14 OKTOBER 1960


# Doa di setiap sujudnya, pengorbanan dan cintanya tak pernah terhenti sedetikpun untuk anak-anak.

# Benar bahawa kasih Ibu kepada anak-anak tak terbatas.

# Pengorbanan ibu jika dihitung takkan terbalas oleh anak-anak.




No comments:

Post a Comment