ALASAN 1 :
# Walaupun dedah aurat, diri masih menjaga maruah dan
tidak melakukan perkara tak senonoh?
“Janganlah nilai orang dari luarannya. Don’t judge a book by its
cover!” “Walaupun tidak pakai tudung, saya tetap masih jaga solat dan menjaga
tingkah laku”
JAWAPAN:
# Adakah anda mendakwa diri anda mempunyai hati yang
suci, iman yang tinggi dan kononnya ia sudah cukup menjamin maruah diri tanpa
perlu menutup aurat? Tetapi adakah anda berani menjamin bahawa semua
lelaki ajnabi yang melihat aurat anda mempunyai hati sesuci dan iman setinggi
anda juga? Langsungkah mereka tidak memberi kesan dan tidak
membangkitkan nafsu serakah mereka yang berada di hadapan anda? Jadi, perlu
diberi kefahaman bahawa kewajipan wanita menutup aurat bukanlah semata-mata
untuk menjaga maslahat dan maruah pihak wanita itu sendiri, tetapi maslahah
yang lebih besar ialah menjaga masyarakat yang berada di sekelilingnya agar
tidak terfitnah disebabkan budaya mendedahkan aurat. Betapa banyak
kes-kes jenayah rogol dan cabul berpunca daripada wanita sendiri yang
mempamerkan tubuh badannya yang terdedah di hadapan khalayak lelaki. Maka
tutuplah aurat bukan sekadar untuk anda, tetapi juga demi kemaslahatan orang
lain di sekeliling.
ALASAN 2:
# Perempuan yang bertudung lebih teruk daripada tak
bertudung?
“Ala… perempuan pakai tudung pun berperangai buruk!” “Ada juga
rakan saya yang betul-betul menutup aurat tetapi perangai dan kelakuan mereka
lebih teruk dari perempuan yang tidak memakai tudung!” “Ada seorang kakak tu
pakai tudung, tapi perangai buruk, mengumpat sana mengumpat sini” “Siapa kata
orang tak pakai tudung semua jahat?”
JAWAPAN:
# Ungkapan anda ini seolah-olah sedang memperlekehkan
insan yang sedang berusaha mentaati perintah Allah (dalam bab tutup
Aurat). Apakah anda perasan bahawa anda sudah lebih baik berbanding
insan yang menutup aurat tersebut apabila anda berani melafazkan ungkapan
seperti itu, sedangkan anda sendiri membiarkan aurat anda terbuka?
Salah sama sekali dalam hal ehwal agama, untuk kita
membandingkan diri kita dengan mereka yang lebih buruk agama dan akhlak. Ia
adalah teknik Syaitan untuk menghentikan seseorang dari melakukan usaha
pemulihan diri kepada yang lebih baik.
Nabi bersabda: Dua perkara yang sesiapa dapat
perolehinya akan ditulis dirinya sebagai hamba yang bersyukur dan sabar,
sesiapa yang gagal dalamnya, tidak akan ditulis sebagai orang bersyukur dan
sabar. Iaitu sesiapa yang melihat tentang agamanya kepada mereka yang
jauh lebih baik darinya, lalu ia berusaha mengikutinya, dan dalam hal keduniaan
mereka melihat kepada orang-orang yang kurang darinya sehingga ia memuji Allah
atas nikmat yang diperolehinya.
(H.R. At-Tirmidzi).
ALASAN 3:
# Tidak mahu hipokrit bila bertudung?
“Bertudung ni perlukan keikhlasan…” “Saya mahu berubah kerana
saya sendiri yang ingin berubah. Saya mahu melakukannya dengan ikhlas, bukan
kerana disuruh.” “Buat apa pakai tudung kalau hati tak betul”
JAWAPAN:
# Allah s.w.t dan RasulNya telah mengarahkan seluruh
wanita muslimah WAJIB untuk menutup aurat tidak kira sama ada seseorang itu
ikhlas atau tidak, suka atau tidak, disuruh oleh orang lain atau terbit dari
hatinya sendiri. Sama seperti mendirikan solat, membayar zakat, puasa
Ramadhan dan semua arahan serta larangan Islam yang lain, sama ada seseorang
itu ikhlas atau tidak, terpaksa atau tidak. Sekiranya ikhlas dijadikan alasan
maka, ramai diluar sana tidak perlu solat 5 waktu kerana sukar mencapai tahap
keikhlasan yang ingin dicapai.
Perlu diingatkan, jika seseorang menutup aurat secara ikhlas
atau separa ikhlas, maka dia akan beroleh ganjaran sekadar keikhlasannya. Namun
tanggungjawab fizikal yang diwajibkan oleh agama dikira sudah terlaksana secara
zahirnya. ATAU kata lainnya, tatkala itu dia hanya BERDOSA SEKALI iaitu kerana
tidak melaksanakannya secara ikhlas, tetapi dia terhindar dari dosa tidak mengerjakan
yang wajib ke atasnya secara zahir. Namun jika dia degil dan tidak menutup
aurat, atas alasan TIDAK IKHLAS, TIDAK MAHU HIPOKRIT dan sebagainya,
tindakannya itu menjadikannya BERDOSA di sisi Allah secara fizikal dan juga
spiritual, atau dalam kata lainnya, dia berdosa DUA KALI.
Dosa di level pertama dan kedua sekaligus, malah lebih musnah
apabila dosa level pertama itu sangat mudah bercambah apabila ia berjangkit
kepada orang lain, seperti apabila sahaja ada mata lelaki bukan mahram yang
melihat, ketika itu dosa bukan hanya dua kali tetapi sebanyak mata lelaki yang
melihat. Adapun bagi mereka yang tidak ikhlas tadi, at least dia sudah
terselamat dari cambahan dosa dari mata lelaki.
ALASAN 4:
# Menunggu seru untuk bertudung?
“Biarlah ianya datang daripada saya sendiri, bukan dipaksa
sesiapa. Bila tiba masa, Insyaallah saya bertudung” “Saya tahu hari itu akan
tiba tetapi bukan sekarang” “Insyaallah, apabila sudah berkahwin barulah saya
bersedia”
JAWAPAN:
# Jika bukan sekarang, maka adakah apabila sudah terlantar
di rumah mayat baru ingin berubah? Sedarilah wahai diri, bahawa kematian
akan datang secara tiba-tibadan tiada sebarang jaminan umur masih panjang
beberapa minggu lagi.
NOTA : Sekadar renungan bersama. Bukan menuding jari kepada sesiapa. Peringatan buat diri aku dan semua yang membaca :)