Ya ALLAH ! selepas mendengar ungkapan itu, air mata hanya peneman diri aku.
Kenapa perlu jadi macam ni? Sedangkan semalam air mata kegembiraan yang hadir namun di saat ini air
mata penderitaan bersilih ganti.
Seperti insan lain juga yang bercinta, sama juga aku dengan pasangan aku. Nak yang terbaik buat masa depan kami.
Setiap insan yang bercinta pasti mahukan kebahagiaan dan saat bahagia ke jinjang pelamin. Begitu juga aku.
Semalam aku tersangat la happy sebab first time dia serius nyatakan hasrat sebenaq. Walaupun xseindah tapi cukup sekadar ikhlas berkata-kata.
Tapi apa akan berlaku masa akan datang aku masih belum dapat bayangkan.
Hasrat dia mungkin akan tercapai atau pun terhalang ?
Petang tadi tengah borak-borak ngan mak dia, tapi bila di darab bahagi tolak tambah semua kata-kata kemungkinan HARAPAN aku dan dia tipis !
1 kata yang buat kata-kata tuh terkesan dalam hati aku. Tapi biaq la benda tuh jadi rahsia hatiku.
YA ALLAH ! aku xkuat macam orang lain utk semua nih. Cukup la halangan yang berlalu dari sejak aku kenal dia 2005 sampai sekarang 2012.
Dan aku amat mengharapkan dia JODOH aku suatu hari nanti !
Nota Kaki: Aku harap sapa yang membaca takda yang bersorak bila keadaan jadi terbalik dan xsama seperti yang diharapkan !